Pendedahan Karpal & Gelaran ‘Al Juburi’ : Apa Pendirian Sebenar Pas?

KUALA LUMPUR 22 Dis – Pas perlu menyatakan pendirian mereka berhubung pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin terhadap kenyataan Karpal Singh terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata dalam perkara ini, Pas tidak harus mendiamkan diri kerana kenyataan itu dibuat oleh sekutu rapat mereka dalam pakatan pembangkang.

“Di manakah pendirian Pas, apakah mereka terpaksa mendiamkan diri atau sengaja menutup mata mengenai perkara itu kerana pendedahan itu membabitkan Anwar Ibrahim yang menjadi ketua dalam pakatan pembangkang.

“Di manakah perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pas, apabila sesuatu perkara yang membabitkan rakan mereka, Pas akan mengenepikan perjuangan Islam. Apakah perjuangan Islam yang menjadi prinsip parti itu hanya sebagai perjuangan politik mereka untuk mengelirukan rakyat,” katanya kepada UMNO-online

Semalam,  Zulkifli mendedahkan kenyataan Karpal pada 22 Oktober 2007 di parlimen mengenai kegiatan songsang Ketua Pembangkang itu sebelum Dap, PKR dan Pas menubuhkan pakatan pembangkang ketika PRU ke 12 lalu.

Menurut Zulkifli, Karpal yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel Anwar sebagai ‘al Juburi’ dan ‘pak janggut’.

Bagaimanapun, Pas sehingga kini dilihat cuba mengelak membuat sebarang kenyataan membabitkan kes perkara itu, malah Pas juga dilihat akan mendiamkan diri termasuk berhubung kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Hamidah berkata, tindakan yang dilakukan oleh Pas ini menunjukkan mereka cuba `bermain selamat’ dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh dianggap akan menyinggung mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang.

“Sebelum mereka bersama dalam pakatan pembangkang, ketiga-tiga parti itu akan buat serangan antara satu sama lain , tetapi apabila sudah duduk semeja nampaknya segala apa yang berlaku sebelum ini dipendamkan begitu sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Inilah mainan pakatan pembangkang yang tidak disedari oleh rakyat, Pas tidak mahu buat kenyataan kerana khuatir kehilangan sokongan bukan Melayu begitu juga dengan Dap yang khuatir hilang sokongan daripada penyokong PKR dan Pas.

“Demi kepntingan politik, nampaknya Pas sanggup menjadi `pak turut’ dan mendiamkan diri sehingga mereka dilihat cuba tidak menampakkan perjuangan pemerintahan Islam demi memastikan mereka terus berada adalam pakatan pembangkang,” katanya.

Hamidah berkata, apa yang berlaku ini membuktikan Pas kini sudah hilang pendirian dan berada dalam keadaan tersepit demi masatikan hubungan mereka bersama  Dap dan PKR berkekalan sehingga pilihan raya akan datang. –MediaUMNO.

Lagi Berita