Takziah Kepada Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau, Datin Shazarina Shamsuddin, 46 tahun.

Allahyarhamah Datin Shazarina meninggal dunia pagi tadi akibat barah hati dan paru-paru.

Difahamkan, Allahyarhamah di kediamannya di Glenmarie Court dan upacara pengkebumian akan diadakan di tanah perkuburan Islam Parit Mahang, Kuala Selangor pada jam 5 petang ini.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO

Lagi Berita