Hapuskan Budaya Gay, Jangan Lupa Pemimpin Budaya Songsang Juga

Teman ucapkan tahniah kepada ketegasan Dewan Pemuda Pas yang menegaskan bahawa budaya gay perlu dibenteras dan dihapuskan dari bumi Malaysia ini.

Kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ustadz Nasarudin Hassan Attantawi mendesak supaya JAKIM memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Kita mahu supaya bumi Malaysia tidak bertukar menjadi bumi kaum Lut!

Begitu juga teman berharap Dewan Pemuda Pas akan istiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, bapuk, pondan, homoseks, liwat dan lain lain daripada bumi negara umat Islam ini dalam apa bentuk sekalipun, termasuk campurtangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini.

Sebagai contoh, Dewan Pemuda Pas perlu menyatakan pendirian tegas menolak campurtangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara.

Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian.

Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama.

Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempun).

Itu latarbelakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan, yang jelas berlatarbelakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat.

Ingatlah hadis Rasulullah saw, “aamantu billah summastaqeem – berimanlah kepada ALLAH dan istiqomah lah!“. Semoga ALLAH memberikan kekuatan istiqomah dan petunjuk kebenaran kepada umat Islam.

Zulkifli Nordin

Lagi Berita