Logo 1Malaysia Tak Mahu Tapi Wang Peruntukan Sapu

SHAH ALAM, 24 Dis – Tindakan kerajaan Selangor tidak membenarkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan satu tindakan kolot yang cukup melucukan.

“Ini satu lagi tindakan kolot yang melucukan selain janji-janji kosong pakatan pembangkang. Gagasan 1Malaysia bukan gagasan politik tapi gagasan untuk satukan rakyat di Malaysia.

“Yang saya pelik, mereka ini menolak gagasan negara tapi peruntukan pusat diambil dan diguna pula untuk buat itu dan ini,” kata Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sambil mengumpamakan tindakan tersebut seperti ‘anjing takut bayang-bayang’, beliau seterusnya menasihatkan kerajaan pakatan pembangkang Selangor agar menumpukan kerja pada perkara-perkara yang lebih memberi faedah.

“Kerja lain untuk bela nasib rakyat, tunai janji pada rakyat tak nak buat.  Mereka asyik main politik sempit.

“Daripada turunkan logo 1Malaysia, baik kerajaan Selangor memantau rumah urut, pusat-pusat hiburan yang tumbuh macam cendawan dan beroperasi hingga pukul 3 pagi”, ujarnya.

Tegas beliau lagi hakikatnya kerajaan negeri sudah ketandusan idea untuk menutup kelemahannya membawa pembangunan di negeri itu selepas menang pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kita takut lepas ni kat Selangor takde no 1, apa saja no 1 akan ditanggalkan atau rakyat tak boleh lagi sebut no 1. Terdesak betul mereka ini”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita