Kes Khalwat: ADUN Selinsing Perlu Berani, Jaga Air Muka Tok Guru

ADUN Selinsing, Drs Saipul Bahrin Mohamad diharap agar terus mengambil langkah drastik termasuk membuat laporan polis berhubung dakwan bahwa beliau  pernah ditangkap  ditangkap ‘berdua-duaan’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Sebagai pemimpin daripada sebuah parti yang melaung-laungkan parti Islamik serta anak buah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diangakat sebagai ulama oleh penyokong “totok” Pas,  Adun Selinsing perlu segera membuat laporan polis dan sebagainya.

Paling kurang pun, Drs Saipul bersumpah sebagaimana tindakan yang telah diambil oleh mangsa kes pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran di pihak beliau.

Apakah beliau tidak malu kepada Nik Aziz..Apakah beliau tidak malu kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diangkat dan dinobatkan sebagai ulama terkemuka oleh penyokong Pas hari ini. Beliau kena fikirkan semua itu.

Jika ADUN Selinsing tidak malu kepada Anwar, tidak kisah dan bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana Ketua Pembangkang terbabit juga terlibat dengan dakwaan salah laku moral.

Paling tidak pun Drs Saipul ingatlah kepada Allah..Allah melihat apa yang anda lakukan. Sembunyilah walau dengan apa cara sekalipun Allah tetap maha mengetahui dan maha mendengar. Apakah Drs Saipul lupa ini semua. Apakah kerana malu, segala kebenaran dan hakikat disembunyikan.

Penafian beliau berhubung isu berkenaan sebenarnya boleh menimbulkan seribu satu persoalan kerana  kenyataan beliau tidak menjawab persoalan pokok khususnya terhadap  apa yang didakawa oleh salah seorang saksi, Ustaz Saidi Hussin.,

Janganlah beliau menjadi seperti calon Pas Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang lalu, Dr Zulkifli Mohamad yang beriya-iya menafikan segala pendedahan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk untuk mengambil tindakan saman dan sebgaainya, tetapi akhirnya berdiam diri.

Ini bukanlah satu tuduhan terhadap mana-mana pihak, cuma ingin berkongsi pandangan dan nasihat agar bukan sahaja individu yang dikaitkan dengan isu terbabit, Drs Saipul tidak malu dan sebagainya, malah menjaga kesucian Islam itu sendiri.

Bukankah Pas mendakwa mereka berjuang di atas landasan Islam. Jadi jika isu-isu sebegini terpalit kepada pemimpin mereka, bukankah nama Islam itu akan terheret sama.

Justeru kepada Dr Saipul, ambillah segala tindakan yang perlu termasuk saman malu kepada mana-mana pihak, laporan polis atau bersumpah demi kepentingan dan keadilan keapda smeua pihak.

Lagi Berita