PM Gembira, Ucap Tahniah Kejayaan Pasukan Bolasepak Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia atas kejayaan cemerlang menumpaskan Indonesia 3-0 perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini… pasukan negara menunjukkan persembahan yang baik pada malam ini (malam tadi) dan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pasukan kebangsaan.

“Pasukan kita perlukan satu lagi persembahan terbaik di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional malam tadi, Mohd Safee Sali menjaringkan dua gol buat Malaysia manakala satu lagi gol disumbat Mohamad Ashari Shamsudin.

Perlawanan timbale balas kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu ini.

Lagi Berita