Tarik Larangan Guna Logo 1Malaysia, Padah Buat Keputusan Tak Guna Akal

SHAH ALAM, 27 Dis – Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor sepatutnya berfikir dulu sebelum bertindak berhubung larangan menggunakan logo 1Malaysia di negeri itu yang ternyata mendapat kecaman pelbagai pihak.

“Macam kartun…. inilah padahnya bila buat tindakan tak fikir dulu.  Sedangkan banyak lagi perkara berfaedah patut diberi tumpuan.  Larangan guna logo 1Malaysia sememangnya tidak patut dibuat.

“Patut kerajaan negeri fokus cara macam mana nak tangkap pencuri pasir, tutup rumah-rumah urut dan presmis hiburan yang dibuka lebih masa.  Ini lebih menguntungkan rakyat”, kata Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus.

Tegas beliau lagi hakikatnya Gagasan 1Malaysia bukan gagasan politik tapi gagasan untuk satukan rakyat di Malaysia.

“Kerajaan pakatan pembangkang mungkin merasa diri mereka terperangkap dalam soal larangan tersebut sebab itu mereka tarik balik.  Tapi tindakan itu buat rakyat menilai kerajaan negeri memang tak konsisten”, katanya.

Mengenai pengumuman pelantikan semula Pengerusi Perhubungan dan Timbalan UMNO Negeri Selangor pula, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata keputusan itu tepat.

“Itu yang kita harapkan.  Bukan kerana kita ketandusan pemimpin tapi apabila sasaran kita untuk menguasai semula Selangor kita memerlukan keputusan yang terus dari presiden kita.

“Keadaan ini memudahkan kita menyalurkan apa jua pandangan secara terus untuk pastikan BN mampu berkuasa semula di Selangor”, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita