Pelantikan Khusrin: MB PKR Mohon Sembah Derhaka?

SHAH ALAM 28 Dis. – Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana Sultan Sharafudin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan tersebut dan mengikut Perlembagaan negeri, baginda mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan itu.

Beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan pelantikannya akan dibuat oleh suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.

”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar hari ini yang memaklumkan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad kerana Abdul Khalid tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataaan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Janurai ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Mohamad Munir memberitahu, beliau telah menulis surat tentang persetujuan Sultan Sharafuddin mengenai pelantikan Mohammed Khusrin dan satu salinan telah dihantar kepada Menteri Besar untuk tujuan pemberitahuan.

”Saya percaya setiausaha sulit beliau telah menerimanya. Mungkin Abdul Khalid belum mendapat surat itu kerana beliau sedang bercuti,” katanya.

Jelas sekali, dalam pelantikan itu yang bukan pun dalam bidang kuasa MB, Abdul Khalid cepat melatah dan tindakannya mahu menghadap Sultan Selangor bagi menuntut penjelasan ibarat memohon sembah derhaka!.

Abdul Khalid biadap kerana kerana walaupun telah dinyatakan pelantikan Mohammed Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menganggap keputusan itu sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar berkata, cadangan itu belum muktamad dan Abdul Khalid telah mempersembahkan surat kepada Sultan Sharafuddin untuk memaklumkan yang beliau tidak dihubungi bagi diberitahu tentang cadangan tersebut.

Mohammed Khusrin, 54, dilantik bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga memberitahu, Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu ini berhubung perkara itu.

Lagi Berita