Kenapa Teman Mahu Jadi Saksi Di Mahkamah Kes Liwat Anwar??

 

Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut :

1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;

2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?

3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?

4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?

5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak “sniper” upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?

6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama.

Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?

Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop.

Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!

Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung.

Kenapa YAB Dato’ Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?

Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah.

Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk menangguhkan kes.

Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya.

Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13 dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau boleh sumbat Saiful (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam tahanan.

Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu untuk melepaskan Anwar.

Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi & Azizan!

Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat macam-macam yop!

Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata “ketuk kepala tanya lutut” (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau ada otak!).

Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, “tepok dada tanya iman masing-masing yop”. Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop.

zul4kulim.blogspot.com

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita