Pemuda UMNO Tenom Sentiasa Kaji Keberkesanan Program Pendidikan

TENOM, 16 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom  dari masa ke semasa akan mengkaji keberkesanan setiap program pendidikan yang dianjurkan oleh pergerakan itu agar ianya memberikan impak yang berkesan bukan sahaja dalam memperkasakan mutu pendidikan namun memfokuskan ke arah membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya di daerah itu.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, ini penting agar keberkesanan program program pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan di daerah itu mampu memperkasakan modal insan yang berkualiti, berpengetuhan dan berkamahiran  bagi mengisi keperluan pembangunan negara pada masa akan datang.

“Kita faham kedudukan pelajar di kawasan luar bandar jauh ketinggalan berbanding dengan pelajar di kawasan bandar, faktor kemudahan asas dan keperluan lain merupakan antara penyebab kepada ketidak kesimbangan ini.

“Justeru Pemuda dengan kerjasama jabatan pelajaran dan pihak sekolah akan terus menjalin kerjasama pintar untuk memperkasakan mutu pendidikan di daerah ini” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai pelajaran daerah dan guru guru di daerah itu di Pejabat Pelajaran Tenom  di sini.

Tambahnya, pihaknya akan sentiasa mengadakan perbincangan bersama pejabat pelajaran daerah dan guru-guru  mengenai kaedah yang berkesan bagi membantu pencapaian pelajar dalam bidang akademik

Untuk itu Jamawi berkata satu program motivasi perdana dijangka akan diadakan pada awal bulan Sepetember ini kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM & STPM di daerah Tenom dengan menjemput seorang tokoh mitovasi,   Datuk Dr. Fadhilah Kamsah di mana dijangka kan disertai seramai 1000 orang pelajar .

“Dalam pada itu semua pihak perlu menyokong usaha beterusan yang dilaksanakan kerajaan dalam memacu pendidikan negara ke tahap lebih tinggi. Kebergantungan kepada pihak sekolah dan guru-guru seharusnya tidak lagi menjadi sandaran namun semua pihak perlu menjalin kerjasama erat bagi memperkasakan mutu pendidikan khususnya di daerah ini.

“Bidang pendidikan harus sentiasa menjadi keutamaan kerajaan ke arah melahirkan generasi muda cemerlang dan seimbang dari semua aspek. Oleh itu, kerajaan tidak pernah lupa menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya. Bagaimana pun, ia memerlukan  sokongan semua pihak,” katanya yang  juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita