DAP Tidak Akan Selamanya Percaya Pas Untuk Pikat Orang Melayu

DAP amat sedar akan impak isu penyiasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama terhadap kerajaan negeri dan imbangan kuasa Pakatan Rakyat.

Reaksi awal Pas untuk terus menyerang Dato Dr Hassan Ali yang mendapat sokongan orang ramai dan tidak kurang dari ahli politik lawan telah membuka suatu lebaran baru dalam politik tempatan.

Sokongan orang UMNO dan atas pagar ada mencelikkan sebahagian penyokong Pas akan kesilapan mereka mengetepikan agenda Islam yang dibawa Pas selama ini. Satu-satu alat senjata politik Pas itu masih releven tetapi telah diketepikan oleh kepimpinan yang dipengaruhi puak Erdogan.

DAP boleh merasakan sokongan orang Melayu terhadap Pas akan menjunam. PKR yang sudah nazak hanya berdaya mencuba melewatkan realiti fitrah kehancuran mereka. Masuk Anwar ke Sungai Buloh, berkubur dan berkecai bacailah PKR.

Faktor utama untuk DAP berkuasa di peringkat nasional terletak pada Pas. Itu yang DAP membuat kenyataan untuk meyakinkan Pas dan PKR akan komitmen mereka. Mulut cakap lain, hati kata lain. Nampaknya prospek Pas akan bertambah kabur.

Bagi DAP, peluang mereka untuk berkuasa terletak pada PRU13. Jika BN dapat kekal, pendulum politik akan kembali kepada BN semula.

Senario politik akan menjadi lebih terbelah mengikut kaum di mana UMNO (Melayu) versus DAP (Cina) dan ini tidak akan sekali-kali kekal. Akhirnya kewarasan politik akan kembali dan kesederhaan akan diterima balik. MCA/MIC akan menjadi menarik balik.

Pas akan memakan masa yang lama untuk kembali dan PKR hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan mungkin sudah berakhir.

DAP agak desperado dan sedang secara diam-diam merasakan alternatif yang ada pada mereka ialah untuk menarik orang-orang Melayu masuk DAP. Target mereka adalah Melayu-Melayu PKR yang susah mahu menerima UMNO dan kurang tertarik dengan budaya Pas.

Lim Guan Eng pun baru-baru ini sudah mengatakan ada 7 orang calun Melayu akan dikedepankan. Adakah ini cukup untuk menarik orang-orang Melayu masuk DAP?

DAP cuba mempromosi kemasukan Prof Ishak dari Universiti Pertahanan dalam DAP tetapi seorang akademik tidak boleh membawa impak politik.

Sebelum ini, Pengerusi Tranparency International Tunku Aziz berjaya ditarik dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP. Bagi yang tahu, TunKu Aziz tidak boleh dianggap sebagai betul-betul berjiwa DAP kerana dia hanya proksi seorang ahli politik UMNO.

Kampung Melayu di Kepong yang masuk jadi cawangan Melayu DAP pun sudah lompat kembali ke pangkuan UMNO.

Apa yang boleh dijangkakan adalah dari kemasukan Melayu secara diam-diam, momentum ini akan membina mengikut perkembangan politik Pas.

Lagi lama Pas tersangkut ditengah tanpa pendirian, lagi risau DAP kerana perlu mengambil opsyen politik ini yang boleh juga backfire dalam masa terdekat.

Boleh tak boleh, DAP terpaksa ambilalih kepimpinan Pakatan yang akan berubah menjadi Pakatan Triniti.

theunspinners.blogspot.com

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita