Larangan Baca Al-Quran Di Pulau Pinang Mungkin Untuk “Test Market”

KUALA  LUMPUR  17  Ogos – Itu adalah mungkin salah satu tindakan musuh Islam untuk melakukan ujian atau “test market” sekiranya perkara yang sama khususnya yang berkaitan dengan sensitiviti Islam seperti  larangan pengunaan alat pembesar suara untuk membaca Al-Quran di masjid dan surau pada waktu subuh di Pulau Pinang dikuatkuasakan pada satu hari nanti.

Dan jangan terkejut serta tidak mustahil jika mungkin pada satu hari nanti, laungan azan tidak boleh menggunakan pembesar suara dengan alasan yang sama iaitu menganggu ketenteraman awam. Nauzubillahhiminzalik….

Itu adalah pandangan tokoh agama, Kap (B) Datuk Hj Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz  berhubung tindakan larangan pengunaan alat pembesar suara untuk membaca Al-Quran di masjid dan surau pada waktu subuh di Pulau Pinang oleh Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Menurut beliau jika perkara itu ada kebenarannya, apakah yang dibuat oleh tokoh-tokoh serta pemimpin yang kononnya berjuang atas landasan Islam selain mewar-warkan mereka adalah lebih Islam daripada segala-galanya.

“Jika apa yang dihebohkan  itu ada asasnya, mereka tidak boleh keluarkan pekeliling kerana bukankah itu isu sensetif…

“Dan saya nak ingatkan kepada  mana-mana pihak termasuk diri saya,  Al-Quran janganlah sesekali dipolitikkan dan jangan sesekali cepat melatah kerana buruk akibatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada UMNO-Online sebagai mengulas  tindakan larangan pengunaan alat pembesar suara untuk membaca Al-Quran di masjid dan surau pada waktu subuh di Pulau Pinang oleh Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Pada masa yang sama beliau turut melihat wujudnya pertelagahan di kalangan kepimpinan Pas sendiri berhubung isu berkenaan kerana mungkin masing-masing mempunyai kepentingan sendiri atau pun  takut serta gusar untuk mengeluarkan pendapat.

“Kalau yang betul-betul memahami agama, kumpulan ini mungkin ada sedikit suara dalam menyatakan pandangan berkenaan dengan Islam walaupun bertentangan dengan dasar mereka, namun bagi yang tidak berani pula, mungkin mereka tengah berkira-kira untuk memberikan pendapat menentang atau sebaliknya,”katanya.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Harun Taib  menegaskan bahawa Al-Quran mesti disampaikan kepada semua manusia tanpa tunduk kepada apa sahaja bentuk halangan.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita