Peruntukan RM1 Juta Untuk Bantuan Rumah Rakyat Daif Di Kalabakan

TAWAU, 17 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk program bantuan zink dan papan lapis kepada rakyat daif di kawasan Parlimen Kalabakan, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata urusan berkaitan pengagihan bantuan berkenaan termasuk menyeraikan nama penerima sedang dibuat bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar layak diberi bantuan itu.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri ini, Wakil Rakyat akan turun padang dan pergi dari rumah ke rumah untuk melihat berapa keperluan zink dan papan lapis yang diperlukan,”  katanya  pada majlis penyerahan sumbangan sempena Ramadan dan Hari Raya kepada anggota Persatuan Nelayan Kawasan Tawau di sini hari ini.

Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berharap urusan pengagihan bantuan berkenaan akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Katanya 200 buah rumah penduduk Kalabakan akan dibaiki untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita