Tuduh UMNO Untuk Selamatkan Diri – Halimaton

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Tuduhan Pas bahawa UMNO menjadi dalang kepada tindakan JAIS terhadap sebuah gereja di Pataling Jaya baru-baru ini adalah antara usaha parti itu untuk memburuk-burukkan UMNO.

Ketua Wanita UMNO Subang, Halimaton Saadiah Bohan berkata Pas tidak perlu membuat tuduhan sebegitu sebaliknya membuat pendedahan jika benar mereka mempunyai bukti yang membabitkan UMNO dalam isu berkenaan.

“Tidak perlu buat tuduhan, jika benar mereka kata ada bukti, tunjukkanlah bukti berkenaan jangan hanya pandai bercakap tetapi apabila diminta untuk tunjukkan bukti, jangan pula beri pelbagai alasan dan dolak-dalik.

“ Pas cuba untuk alihkan tumpuan masyarakat terhadap perkara itu, mereka juga turut menerima tekanan daripada DAP dan PKR, apa yang berlaku itu telah menimbulkan rasa kerisauan di kalangan bukan Islam dan Melayu dalam parti terbabit,” katanya kepada UMNO-online.

Halimaton berkata, dalam kes berkenaan, Pas akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri supaya orang ramai terutama bukan Islam dan Melayu beranggapan bahawa apa yang berlakun itu bukanlah datang daripada Pas tetapi didalangi oleh orang lain.

Menurutnya, sebab itu Pas menuduh UMNO supaya mereka tidak dipersalahkan jika isu berkenaan memnyebabkan orang bukan Islam dan Melayu hilang kepercayaan kepada pakatan pembangkang yang boleh memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya makin hampir, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada membabitkan DAP, PKR mahupun Pas sendiri, sebab itu mereka cuba mengelak daripada membabitkan diri dalam  isu yang dianggap kontroversi.

“Pas sebelum ini telah menimbulkan kesangsian di kalangan rakan sekutu mereka membabitkan beberapa pendirian yang dibuat sehingga menyebabkan mereka mendapat kata dua daripada pemimpin-pemimipin DAP seperti isu pusat hiburan di Kedah,” katanya.

Selain itu, kejadian itu menunjukkan tiadanya kesepakatan atau kesefahaman di kalangan kepimpinan kerajaan negeri yang diwakili oleh DAP, PKR dan Pas, ini disebabkan tindakan yang dibuat oleh JAIS telah mendapat pelbagai komen daripada kepimpinan negeri.

Berikutan isu berkenaan, kepimpinan Pas kini terbahagi kepada dua kumpulan, ada yang menyokong dan ada yang menentang terhadap apa yang dilakukan oleh JAIS demi kepentingan orang Islam dan Melayu di negara ini.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita