Isu Rumah Kos Rendah : Guan Eng Tiba-tiba Jadi Orang Bisu

GEORGE TOWN, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menjadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang didakwanya telah dibina di negeri tersebut.

Tegasnya tindakan membisu Guan Eng hanya akan mengesahkan dirinya sebagai pemimpin yang sentiasa berbohong kepada rakyat.

Guan Eng sebelum ini lantang menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Sebaliknya Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.

“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada…kalau ada di mana?  Ramai dah cabar Guan Eng tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang Guan Eng tak tunjuk.

“Mungkin Guan Eng cuba cari rumah itu tapi tersesat tak jumpa sebab itu sampai sekarang dia tutup mulut”, kata Shaik Hussein secara sinis.

Beliau seterusnya berkata tindakan Guan Eng yang terus menyembunyikan kepala itu membuktikan bahawa bukan dirinya saja pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah konsep Telus, Akauntabiliti dan Bersih yang kononnya diamalkan pentadbirannya tidak lebih sekadar satu retorik kosong semata-mata”, ujarnya.

Sebelum ini, ekoran daripada desakan UMNO Pulau Pinang mengenai isu pembinaan rumah kos rendah, Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan bukti bahawa dia telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah namun tidak memberitahu di manakah projek tersebut dilulus dan dibina.

Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah negeri tersebut, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini. –MediaUMNO

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita