Peram Isu JAIS – Gereja Agar Rakyat Lupa Atau Tunggu Skrip DAP?

KUALA LUMPUR 22 Ogos – “Mereka nak tunggu sampai bila…..hingga ke hari ini laporan  pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  ke atas Gereja Methodist masih belum keluar…..Apakah mereka ada muslihat tertentu?

“Seperti yang ditekankan oleh beberapa pihak sebelum ini, kelewatan kerajaan negeri mengumumkan hasil laporan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai syak wasangka tertentu di kalangan orang Islam dan masyarakat kristian.

“Apakah mereka ada muslihat tertentu dalam usaha memadamkan isu ini yang telah menjerat leher bukan sehaja kerajaan pimpinan PKR, malah sekutunya yang sebelum ini cukup lantang melaung-laungkan perjuangan Islam”, kata Timbalan Ketua UMNO Subang, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

“Kita mahu hasil siasatan diumumkan segera. …Kita pun nak tahu juga apa ceritanya kerana tidak mahu polemik ini berpanjangan.  Dan saya pasti, rakyat terutama penduduk di negeri ini juga mahukan laporan berkenaan.

“Takkan makan bulan….Apakah selepas ini makan tahun barulah laporan itu dikeluarkan.Saya merasakan ada sesuatu yang mereka ingin lengah-lengahkan agar isu ini terus hanyut daripada rakyat. Saya tidak berniat mahu mencurahkan minyak ke dalam api, tetapi mahukan penjelasan,“katanya.

Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor dilihat mengelak untuk memberikan ulasan apabila hanya memberikan komen yang selamat atau jalan tengah.

Dan hasil laporan daripada JAIS pula, sehingga kini masih lagi belum diumumkan oleh kerajaan yang menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat setempat.

Megat Firdouz yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO seterusnya menambah, kegagalan kerajaan negeri dalam mengatasi isu tersebut menyebabkan polemik berkenaan bererusan.

“Bagi saya,berterusannya perkara ini boleh disimpulkan kepada dua perkara. Pertamanya kerajaan negeri termasuk sekutu mereka seperti Pas sudah terjerat dengan isu berkenaan. Jadi jalan tengah adalah peramkan isu tersebut dengan harapan rakyat melupakannya.

“Keduanya mereka takut kepada kehilangan sokongan pengundi..baik kalangan Islam mahu pun bukan Islam.Apa pun kita tnggu dan lihat skrip lawak politik mereka selepas ini setelah mainan politik retorik mereka menjerat leher mereka satu persatu. Kita tunggulah nanti,“katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita