Rakyat Kedah Sudah Tidak Tahan, Bangkit Tuntut Janji Kerajaan Pas

ALOR SETAR, 22 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan bantahan daripada kumpulan yang menuntut hak serta janji-janji kerajaan negeri menunjukkan rakyat kini sudah tidak tahan dengan pemerintahan kerajaan Pas di Kedah.

Tegas beliau  apabila kerajaan negeri menabur janji, rakyat akan berharap dan ia harus ditunaikan.

“Hari ini rakyat dah mula tak tahan dan ini menunjukkan kerajaan negeri telah gagal untuk membela nasib rakyat,” katanya selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) kepada 60 penerima di dewan Taman Wira Blok D, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporansemalam mengenai kekecewaan lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di Padang Terap yang mendakwa kerajaan negeri gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan berjanji bahawa kerajaan negeri akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

“Apa yang kerajaan negeri janji, kena buat sebab kalau kita (Barisan Nasional) buat janji macam tu, kita akan buat contohnya kumpul buah-buahan itu melalui Fama.

“Dia (Menteri Besar) mesti buat sesuatu yang meyakinkan rakyat dan penuhi janji, bukan satu aspek seperti pertanian ini saja, tapi juga pembangunan yang lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita