Budaya Menipu.. Virus Anwar Makin Parah Jangkiti Pembangkang

SHAH ALAM, 24 Ogos – Nampaknya budaya menipu tanpa mengira mangsa termasuk Sultan bukan milik Anwar Ibrahim seorang tetapi telah mula menular dan diaplikasikan dalam politik mereka.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, jika sebelum ini Ketua ‘Pembelit’ PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk menjayakan pembohongan terbesar abad ini melalui perancangan 16 September, kini anak buahnya pula, Tan Sri Khalid Ibrahim sanggup menggunakan nama Sultan Selangor bagi menipu rakyat melalui nasihat menubuhkan Majlis Penasihat Syura.

“Terbuktilah bahawa budaya menipu dan membelit ini sudah semakin sebati di kalangan ahli PKR malahan ia bagaikan sudah menjadi genetik dan semakin membiak di antara mereka.

“Kita amat kesal nama Sultan Selangor juga turut diguna dan dipermainkan oleh kerajaan negeri, khususnya Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar (MB),” ujarnya yang juga mantan Majlis Tertinggi PKR dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan Pemuda UMNO mendesak agar Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan yang ternyata telah mempermainan nama Sultan Selangor.

“Kita tidak mahu lagi nama Sultan Selangor dipermain-mainkan oleh Kerajaan negeri untuk tujuan politik sempit mereka.

“Rakyat Selangor harus membuka mata sekarang, siapa sebenarnya yang mempermainkan kedaulatan Raja-raja, siapa sebenarnya yang menunggang ‘kuda’ bernama Khalid Ibrahim ini untuk tujuan politik, benarlah Khalid ini hanya sekadar boneka yang diletakkan untuk menjadi MB Selangor tetapi dalam masa yang sama, ada tangan-tangan lain yang menggerakkan kuda dan boneka ini dari luar dan dalam kerajaan negeri Selangor,” tambahnya. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita