Guna Nama Sultan Tipu Rakyat Bukti Khalid Terdesak Selesaikan Isu JAIS – Gereja

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa bertindak  menggunakan nama Sultan Selangor  bagi menutup kelemahan kepimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui untuk menyelesaikana isu membabitkan JAIS dan Gereja Methodist.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata Khalid terpaksa bertindak begitu kerana kerajaan negeri belum dapat menyelesaikan masalah berkenaan yang dilihat semakin berlarutan sedangkan rakyat ingin mengetahui apa keputusan atau tindakan kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.

“Tindakan Khalid itu adalah tindakan mereka yang terdesak, sebab itu dia sanggup gunakan nama Sultan, orang yang terdesak akan sanggup lakukan apa sahaja untuk lepaskan diri termasuk menipu rakyat.

“Isu Gereja Methodist dengan pihak JAIS memberi tekanan kepadanya, bukan sahaja di klangan exconya malah rakyat juga ingin mengetahui apa keputusan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri berhubung isu itu.

“Menggunakan nama sultan, kononnya memperkenankan penubuhan majlis syura adalah untuk mengaburi mata rakyat serta menunjukkan bahawa apa yang dilakukan itu mendapat sokongan dan perkenan daripada Sultan Selangor,” katanya  kepada UMNO-Online.

Semalam Sultan Selangor menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah serta memperkenankan cadangan penubuhan majlis penasihat syura seperti yang diumumkan oleh Khalid kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Khalid menyatakan Sultan Selangor menitahkan kerajaan negeri menubuhkan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan pertelingkahan membabitkan Gereja Methodist dan JAIS.

Idris berkata tindakan Khlaid itu boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Sultan Selangor kerana telah mempergunakan nama baginda dengan sengaja dan mempunyai niat tertentu.

“Tindakan menggunakan nama sultan membuktikan Khalid cuba membabitkan pihak istana dengan kemelut yang dihadapi oleh pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor, terutama dalam mengembalikan sokongan rakyat.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini pakatan pembangkang dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan termasuk menggunakan isu-isu yang agama, kaum dan tidak ketinggalan institusi sultan. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita