Bohong, Lambat & Lesu Lambang Kegagalan Pentadbiran PKR, Khalid

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu lebih berhati-hati serta memastikan sebarang kenyataan yang dibuat olehnya atau pejabat Menteri Besar perlu diteliti supaya tiada kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Norhayati Tan Sri Onn menyifatkan apa yang berlaku baru-baru ini yang membabitkan pihak istana membuktikan ketidak cekapan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sebagai Menteri Besar, Khalid sepatutnya tahu apa kenyataan yang ingin dibuat atau sebaliknya, kerana sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Basar mempunyai impak kepada rakyat.

“Khalid seharusnya memohon maaaf kepada Sultan Selangor di atas kesilapan yang dilakukannya yang menggunakan nama Sultan kononnya telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syura, “katanya kepada UMNO-Online.

Norhayati berkata, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja walaupun memanupulasikan titah sultan hanya untuk mengaburi mata rakyat di atas kelemahan pentadbiran mereka.

“Buat bohong sudah menjadi darah daging pembangkang, malah tidak ketinggalan mereka juga pandai mengambil kesempatan dari setiap apa jua perkara yang berlaku yang dianggap memihak kepada mereka.

“Khalid dilihat cuba menutup kelemahan beliau dalam menangani isu membabitkan pihak JAIS dan Gereja Methodist, sehingga kini tida apa laporan mengenai perkara itu walaupun beliau sudah mengarahkan pihak terbabit menghantar laporan kepadanya.

“Untuk itu, Khalid telah membuat pembohongan dengan mengatakan Sultan Selangor sudah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syura sedangkan perkara itu adalah sebaliknya,” katanya.

Norhayati menyifatkan apa yang berlaku membabitkan JAIS dengan pihak Gereja Methodist adalah bukti jelas kelemahan kerajaan pakatan pembangkang dalam mentadbir negeri Selangor. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita