Khalid Makin Hilang Arah Selesaikan Isu JAIS – Gereja

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menipu dan memfitnah Sultan Selangor dalam isu  penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah satu perbuatan yang amat memalukan.

Perbuatan itu bukan saja memalukan malah menurut Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom tindakan Khalid itu juga memperlihatkan dirinya menjadi alat tunggangan pihak-pihak tertentu yang sememangnya tidak menyenangi institusi Raja Melayu di negara ini.

“Ini bukan perbuatan kali pertama…kalau kita tengok sejarah dan rekod kerja Menteri Besar Selangor ini, dia telah membuat banyak isu yang memperlihatkan bahawa dia tidak menghormati Sultan Selangor. Misalnya dia telah menolak perkenan Sultan untuk menerima Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor. Ini tidak pernah berlaku di waktu Barisan Nasional memerintah.

“Dia juga telah mengumumkan Naib Canselor Unisel, sepatutnya pengumuman dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor kerana Tuanku adalah Canselor kepada Unisel. Tapi yang terbaru, cukup melampau apabila menipu dan memfitnah Sultan Selangor,” ujar beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Kali, Selangor.

Sambil menjunjung ketegasan Sultan Selangor dalam perkara ini beliau juga  membidas tindakan “flip flop” Tan Sri Khalid bagi menutup pembohongannya dengan menubuhkan Jawatankuasa Pendengaran pula.

“Dia makin hilang arah dalam perkara ini dan kita yakin apa jua tindak tanduknya selama ini adalah di bawah kawalan pihak yang sebenar-benarnya berkuasa di negeri ini iaitu rakan pakatannya DAP”, katanya. -MediaUMNO

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita