Murtad Part 2 : Pas Terbelit Tersimpul Mati

Kali ini, pendirian, keikhlasan dan kejujuran perjuangan Pas sedang diperhatikan oleh seluruh umat Islam. Malahan, terlebih penting perjuangan Pas sedang dinilai dan diperhatikan oleh “Yang Maha Kuasa”.

Hassan Ali, Khalid Samad, Mustapha Ali dari Pas, masing-masing sudah memberikan kenyataan. Semua kenyataan mereka berbeza di antara satu sama lain.

Hassan Ali begitu tegas mempertahankan tindakan JAIS. Asas yang digunakan ialah membenteras gejala kemurtadan.

Khalid Samad pula bertegas mempertahankan pihak gereja atas alasan JAIS main serbu dan tidak ikut prosedur hingga mengganggu hak kebebasan beragama penganut agama lain.

Mustapha Ali pula tiba-tiba tuduh UMNO menjadi dalang dalam serbuan JAIS.

Pemimpin-pemimpin Pas yang lain lebih banyak bermain selamat dan mengelak dari memberikan pendapat.

Khalid Ibrahim MB pula lebih fokus untuk lakukan “damage control” atas kesilapan beliau yang awal-awal lagi terus menyalahkan JAIS.

Awal-awal lagi sudah warning JAIS atas alasan menyerbu tak ikut prosedur. Kemudian, bila sudah tahu kisah sebenar yang terjadi malam tersebut, Khalid beritahu akan umumkan lapuran JAIS selepas September.

Sebulan lebih tempoh yang diambil selepas kejadian sensitif seperti ini adalah satu tindakan yang terlalu lembab bagi sesebuah kerajaan yang prihatin.

Apa akan jadi kepada hubungan antara kaum dan agama jika ada pihak yang mengambil keputusan dan tindakan sendiri dan membelakangi undang-undang dalam tempoh tersebut?

Hanya dengan sedikit minyak, api pergaduhan agama pasti menyambar dan menghancurkan terus kehidupan harmoni yang selama ini wujud.

Tidak lain tidak bukan, keputusan Khalid yang mendahului JAIS dalam melewat-lewatkan lapuran serbuan JAIS ke atas DUMC adalah semata-mata keputusan kepentingan politik. Beliau mengharapkan suasana panas akan sejuk sendiri.

Tindakan melengah-lengahkan masa ini sangat tidak bertanggungjawab bagi parti yang kononnya menjuarai budaya ketelusan dan keadilan.

Tindakan melengah-lengahkan masa ini sangat tidak bertanggungjawab bagi parti yang kononnya menjuarai budaya ketelusan dan keadilan.

Jika dihitung semua kejadian ini, akan nampak jelas kepada kita betapa liciknya permainan DAP dan betapa Pas juga akhirnya terjerat di dalam permainan ini.

Sampai bila dan sejauh mana kesanggupan Pas untuk terus membiarkan kesucian agama Allah tercemar demi kegilaannya yang tidak terbendung dalam memastikan kaum cina mengundi mereka?

Bagaimana pemimpin Pas mahu berhadapan dengan soalan Allah swt di akhirat kelak jika ditanya “kenapa dahi kamu lebih berkerut memikirkan “undi dan kuasa” daripada tanggungjawab kamu memelihara kesucian agama dan menyelamatkan akidah umat?”

Apakah pemimpin Pas akan memberi jawaban dan helah yang sama kepada Allah swt sepertimana alasan yang sering digelembongkan kepada kita semasa di dunia?

Sebenarnya Pas telah kehilangan sesuatu yang tersangat penting yang dianggap sebagai kunci kepada segala-galanya dalam perjuangannya menegakkan agama Allah, iaitu kehilangan KEYAKINAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN kepada diri, kepada perjuangannya dan kepada Allah swt.

Bagaimana kita mahu mengenal Allah dan segala rahsiaNya jika kita tidak kenal akan diri kita yang sebenar?

Bagaimana kita mahu kenal akan diri yang sebenar, jika tidak disertai dengan Keyakinan, Keikhlasan dan Kejujuran kepada diri dan kepada setiap apa yang kita lakukan di dalam amalan dan perjuangan kita?

Inilah dilema sebenar yang sedang membelit dan membelenggu para pemimpin Pas dan pengikutnya.

Bolehkah kita menyimpulkan, kegagalan Pas mengenal di antara UMNO  dan DAP, antara politik dan agama, dan juga antara kawan atau lawan adalah di antara petanda jelas yang menunjukkan Pas masih tidak kenal lagi akan Allah swt?

Bagaimana Hj Hadi dan Pas mahu berenang dan menyelamatkan agama Islam di dalam “tong tahi” pakatan pembangkang yang hanya akan menyuburkan fahaman DAP dan kristianisasi terancang?

Hanya Pas yang kenal manikam…

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita