Komunis, Bersih & Mat Sabu: Satu Puzzle Yang Lengkap

Masih ingat bukan tangkapan pihak polis ke atas Ahli Parlimen Sg Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Pakatan Rakyat dan 5 yang lain atas dakwaan terlibat dengan unsur-unsur subversif kerana cuba menghidupkan kembali fahaman komunis?

Sebelum itu dua warga asing yang diketahui terlibat dengan golongan aliran kiri Romeo Castillo dan Min Young Song, masing-masing dari Filipina dan Korea Selatan turut ditahan kerana terlibat dalam kempen PSM mempromosikan Bersih 2.0. Romeo Castillo adalah aktivis komunis di negara asalnya Filipina.

Ketika ditahan Dr. Jeyakumar dan anggota partinya (PSM) sedang mempromosikan perhimpunan haram Bersih 2 di Pulau Pinang. Selain t-shirt kuning Bersih, turut dijumpai ialah t-shirt yang mengagungkan perjuangan komunis.

Bercakap tentang Bersih, siapa pula yang menjadi Timbalan Pengerusi Bersih? Mat Sabu.

Mula-mula dulu banyak jugak pihak yang ragu-ragu dengan tindakan polis menahan Dr. Jeyakumar dan gerembolannya dibawah Akta Darurat, maklum ketika itu tidak nampak apa yang berkaitan antara Dr. Jeyakumar dengan Bersih dan komunis.

Kini dengan Mat Sabu begitu kuat memberikan sokongan terhadap perjuangan komunis sehingga mahu mengubah sejarah negara ini dengan meletakkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, semua yang dulu kabur dan ragu, kini sudah tidak lagi.

Puzzle yang dulu berselerak, kini bercantum dengan sempurna sekali. Orang putih kata make sense.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa perhimpunan Bersih yang dikelabukan dengan alasan untuk membaiki sistem pilihanraya sebenarnya adalah permulaan kepada gerakan untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang kita percaya didalangi DAP.

Logik penulis, ketika komunis meletakkan senjata (bukan menyerah kalah) pada 1989, tak sepucuk pun senjata mereka yang diserahkan kepada pihak berkuasa. Yang dirampas itu banyak, termasuk ketika pertempuran, tapi yang diserah semula kepada pihak berkuasa sewaktu proses meletakkan senjata, tidak ada, walaupun sepucuk pistol.

Atas alasan itulah kenapa kerajaan masih tidak menghapuskan 2 Ordinan Darurat (1948 & 1969) yang semuanya berkaitan dengan komunis kerana percaya komunisme masih lagi menjadi ancaman kepada negara ini.

Sekarang fahamlah kita semua kenapa PKM tidak menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pasca perjanjian damai ditandatangani pada 1989. Rupanya komunis tahu dan mahu fahaman mereka dihidupkan semula di negara ini melalui parti-parti politik yang mirip-mirip dengan perjuangan mereka seperti PSM, PSRM dan DAP.

Walaupun ketinggalan zaman dibanding dengan senjata moden milik pasukan keselamatan sekarang, ia masih lagi senjata api yang mampu menyebabkan maut dan kecederaan yang bukan sedikit.

Dimana senjata semua itu disimpan dan disurukkan? Mungkinkah dibelakang rumah Mat Sabu yang kini dilihat sebagai pemimpin komunis melayu alaf baru, pasca Rashid Maideen, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh?

Apa sekalipun pihak keselamatan perlu menyiasat dan memeriksa semula maklumat-maklumat risikan dahulu yang tersimpan sebaik perletakkan senjata PKM pada 1989. Perlu dikenapasti lokasi senjatan-senjata tersebut disimpan.

Generasi muda hari ini yang dibesarkan dan dimewahkan dengan segala pembangunan dan kemodenan, mungkin tidak tahu dan tidak peduli pun dengan anasir komunis yang pernah menjadi musuh nombor satu negara sebelum diambil alih oleh penyalahgunaan dadah. Generasi inilah yang kini membentuk 30% dari keseluruhan warganegara kita.

Tidak hairan juga kenapa DAP dan Pakatan menyasar kepada orang muda. Untuk menghidupkan perjuangan komunis, patut dimulakan dengan pihak yang tidak faham langsung apa yang dikatakan komunis dan kesannya kepada masyarakat negara ini satu ketika dulu.

Begitu juga dengan kesatuan sekerja. Jika perjuangan komunis dulu turut menyasar kesatuan-kesatuan sekerja di Malaya atau Tanah Persekutuan Melayu sebelumnya, apa yang berbeza dengan Pakatan Rakyat hari ini?

Hari ini bila bercakap tentang kesatuan sekerja, tidak sah kalau tidak menyebut sekali pemimpin Pakatan yang menduduki barisan kepimpinannya.

Anwar mungkin sibuk nak melaksanakan agenda yahudi tapi PAS dan DAP sibuk nak melaksanakan agenda komunis!!!

Mykmu.net

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita