Aidilfitri Istimewa Bersama Hari Kemerdekaan Ke-54

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Umat Islam di Malaysia hari ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama-sama keluarga dan tradisi rumah terbuka yang turut diraikan bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 esok.

Di setiap pelusuk negara, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan
berpuasa.

Budaya balik kampung, satu ciri penting bagi memelihara hubungan kekeluargaan diteruskan sehinggakan ibu kota Kuala Lumpur lengang pada hari lebaran.

Selain amalan Rumah Terbuka, suatu tradisi di kalangan pelbagai kaum di Malaysia ketika sambutan perayaan masing-masing, sambutan kali ini turu dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pusat peniagaan dan
pusat membeli-belah bagi menandakan sambutan serentak “Merdeka Raya”

Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala khutbah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita