GCM Alukan Penubuhan Unit Selamatkan Aqidah

Shah Alam, 31 Ogos- Gerakan Cegah Murtad (GCM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam  yang mengumumkan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah semalam.

Jurucakapnya, Hamidzun Khairuddin berkata, penubuhan unit ini tercetus dari polemik Dumc yang berjaya membangkitkan kesedaran umat Islam Selangor mengenai dakwah kristianisasi yang sangat pantas berkembang di Selangor sejak tiga tahun ini.

“GCM mengalu-alukan Unit baru ini dan mencadangkan agar ianya diperluaskan kepada seluruh pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor ini.

Disamping itu GCM menggesa  Dr Hassan Ali melihat perspektif yang lebih besar iaitu meferomasikan institusi Lembaga Zakat Selangor yang dilihat gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada asnaf muallaf berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain.

Ini dapat dilihat dari jumlah pengagihan zakat asnaf muallaf yang jauh lebih rendah dari asnaf amil, fakir, miskin atau fisabillilah,” ujarnya.

GCM ingin berkongsi pandangan dan maklumat dengan Dr Hassan Ali. Kami sedia bekerjasama dengan Unit ini dan Pejabat Exco Agama Islam Selangor untuk memperkasa dan menghakupayakan peranan Institusi dan Ngo Islam di Selangor dalam menangani cabaran penukaran aqidah umat Islam di Selangor.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita