Pro Canselor UPSI Meninggal Dunia

TAIPING 31 Ogos - Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada pukul
1.20 pagi ini.	Allahyarham berusia 67 tahun.
Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang dan kemudiannya dibawa ke Putrajaya untuk dikebumikan selepas
solat Asar.
Pagi ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama
menyembahyangkan jenazah Allahyarham. Abdul Shukor ialah bekas Ketua Pengarah Pendidikan.  BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita