Janji BN Bukan Omong Kosong – Sapawi

SIPITANG, 4 Sept – Bukan omong kosong tetapi Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bukan sahaja berkemampuan tetapi menunaikan segala janji untuk rakyat.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO sentiasa berusaha untuk membangun dan memajukan rakyat.

“Dalam usaha kita memakmurkan negara, kita turut meletakkan rakyat sebagai perkara yang paling utama…kita mahu rakyat menikmati kemakmuran itu,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Rumah Rehat di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 13 buah rumah dibawah program telah siap sepenuhnya dan kunci rumah itu diserahkan sendiri oleh Sapawi kepada pemilik rumah berkenaan.

Sapawi memberitahu pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat.

Katanya rakyat tidak perlu merasa curiga dengan janji yang diluahkan oleh BN kerana janji itu tetap dikotakan.

“Pelbagai bukti dapat dilihat oleh rakyat dan rakyat sendiri perlu sedar bahawa kerajaan sentiasa berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi kepada kepentingan mereka.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusof, Pemimpin kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Rahman Mohd Noh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita