Kit Siang Terpaksa Manipulasi Apa Saja Isu Untuk Selamatkan Pakatan

KUALA LUMPUR,  5 Sept – Sudah menjadi resam kepada pembangkang yang akan cuba memanupulasikan apa sahaja demi kepentingan politik mereka tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan.

Penganalisa politik, Dr Mohamed Firdaus Amiruddin berkata tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu membuktikan pemimpin terbabit cuba mengambil kesempatan  menimbulkan perasaan benci rakyat kepada UMNO melalui Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.

“Seperti kita ketahui, pembangkang akan cuba melakukan apa sahaja, tujuan mereka untuk timbulkan perasaan benci rakyat kepada UMNO dan kerajaan, itu adalah propaganda mereka terutama dalam keadaan untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Di samping itu, mereka juga cuba menimbulkan suatu isu baru bagi mengalihkan tumpuan rakyat kepada pembangkang, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka telah menyinggung perasaan rakyat negara ini.

“Sedangkan pada awalnya mereka cuba menggunakan isu berkenaan untuk mendapatkan sokongan seperti apa yang dilkukan oleh Mat Sabu, tetapi telah menimbulkan konflik bukan sahaja di kalangan rakyat malah di kalangan sesama mereka,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurutnya, Kit Siang adalah seorang veteran politik yang berpengalaman dan tahu untuk menggunakan kesempatan untuk tujuan politik dan kejadian yang berlaku itu telah digunakan olehnya.

“Dalam perkara ini, kita boleh menyifatkan Kit Siang cuba menangguk di air keroh dan menjadikan apa yang berlaku itu sebagai peluru untuk menghentam UMNO. Perkembangkan terkini UMNO telah membimbangkan dirinya..

“Berdasarkan luahan Kit Siang dalam blog atau siri ceramahnya, terdapat  kegusarannya mengenai nasib pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana UMNO telah banyak membuat perubahan untuk rakyat, sedangkan pembangkang masih terkial-kial untuk mendapatkan sokongan berikutan kegagalan dalam menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya lalu,” katanya.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan Kit Siang bukanlah suatu yang memeranjatkan, walaupuan beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku namun beliau tidak melepaskan peluang untuk memburuk-burukkan UMNO. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita