Pembangkang Tiada Perikemanusiaan, Kematian Noramfaizul Jadi Bahan Politik

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan pembangkang dan segelintir pihak yang bersifat tidak berperikemanusiaan sehinggakan tragedi di Somalia dijadikan sebagai bahan politik.

Katanya, sebagai manusia yang prihatin dengan kemelaratan di peringkat antarabangsa, sewajarnya bukan hanya perbezaan budaya, agama dan warna kulit diketepikan malahan idealogi politik juga mesti dikesampingkan.

“Malangnya ia dijadikan sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang sedangkan niat yang dilaksanakana oleh Kelab Putera 1Malaysia adalah sesuatu yang ikhlas atas rasa tanggungjawab kepada bencana yang melanda masyarakat global,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelasnya, sikap pembangkang memang sangat mengecewakan kerana apa saja perkara akancubadipropagandakan dengan menunding jari kepada kerajaan BN dan UMNO sedangkan mereka sendiri tidak pernah memainkan peranan penting biarpun untuk memberikan cadangan bernas sekalipun.

“Niat kita laksanakan untuk membantu dan kemudiannya apa yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT, tetapi macam-macam cerca nista dalam media alternatif ditulis oleh pendusta yang tahu untuk memburuk-burukkan sahaja sedangkan realitinya apa yang telah mereka lakukan?”

Dilaporkan pelbagai berita yang tidak benar disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah Lim Kit Sing sendiri yang menyifatkan misi keSomaliasebagai ‘cheap publicity stunt’ BN/UMNO.

“Kita telah kehilangan seorang rakyatMalaysiasangat mulia dan benar-benar berdedikasi sehingga sanggup mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia termasuk di wilayah bergolak.”

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.

Beliau telah meninggalkan seorang balu Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita