Setelah Berjaya Tolak Negara Islam, Pas Kini Angkat Perjuangan Komunis

SHAH ALAM, 5 Sept – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang menganggap komunis sebagai `hero negara’ dalam peristiwa di Balai Polis Bukit Kepong telah mengguris hati pasukan keselamatan polis dan tentera dan para pesara pasukan keselamatan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan ini sekali gus telah mencemuh dan menidakkan sumbangan besar pasukan polis dan tentera yang berkerja 24 jam sehari serta sedia mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keamanan dapat dicapai dan keselamatan dapat dinikmati.

“Kenyataan Mat Sabu yang meng`hero`kanKomunis sebagai hero negara juga telah memberikan perspektif baru dalam aliran politik Pas dalam arus politik perdana dinegara ini.

Lebih dua tahun lalu Pas telah mencabut ‘Perjuangan Negara Islam’ dalam objektif mereka dan kini mereka melangkah terus kehadapan dengan menjadikan komunis ‘Hero’ perjuangan mereka,” ujarnya  kepada UMNO-Online di sini.

Dalam mentafsirkan kenyataan Mat Sabu, GAPS ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Pas itu kerana membuktikan parti Pas kini semakin jelas diresepi ideologi komunis.

Mat Sabu berjaya mengalih pandangan orang Melayu yang sebelum ini melihat Pas parti pro Negara Islam, kini sudah jelas menjadi parti yang pro komunis.

“Kelmarin Pas tolak Islam bila Hadi Presiden Pas berkata hudud itu tidak relevan, hari ini Pas mendakap ideologi komunis bila Mat Sabu Timbalan Presiden Pas kata komunis itu hero dan pejuang sebenar negara.

“Ideologi komunis dengan jelas menolak ajaran agama terutamanya agama Islam. Ramai umat Islam di Russia dan China diseksa apabila merekacuba mengamal ajaran Islam,” tambahnya yang juga mantan Ketua Pemuda AMK Negeri Selangor.

Tegas beliau lagi kini rakyat sudah tahu rupa Pas yang sebenar yang semakin dekat dan rapat dengan Chin Peng dan Rashid Mydin.

Kenyataan Md Sabu juga tambahnya boleh ditafsirkan Pas semakin sebati untuk mendaulatkan ajaran Hegel, Karl Max dan Mou Tzee Dong di negara ini.

“GAPS tidak terperanjat jikalau visi Md Sabu adalah untuk menyatukan Pas dengan Dap. Ini cuba dilakukan oleh Tan Malaka apabila ia cubamenyatukan Sarekat IslamIndonesia dengan KMN sebuah sayap komunis antarabangsa pada tahun 1922.

“Kini Md Sabu cuba meniru teori Tan Malaka untuk cuba merampas kuasa politik di negara ini. Rakyat mentafsirkan demokrasi cuma mainan Pas tetapi matlamat mereka adalah untuk melaksanakan cita-cita komunis,” tambahnya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita