UMNO Bantu Keluarga Allahyarham Noramfaizul

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu UMNO akan menghulurkan bantuan dan kewangan kepada keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.

Katanya, Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada beliau bahawa UMNO akan membantu keluarga allahyarham khususnya dua orang anak beliau yang masih kecil.

“Jumlah dan bentuk bantuan yang akan diberikan akan dimaklumkan kemudian tetapi UMNO tidak akan lepas tangan dan akan memastikan keluarga dan anak-anak allahyarham mendapat pembelaan setelah kehilangan bapa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu pagi Ahad. -MediaUMNO

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita