Mat Sabu Punca… Pas Kelantan Cabar…. Biar KJ Lawan Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 6 Sept –  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau hanya mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu kerana Mat Sabulah punca kontroversi mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

Selain itu tegasnya cabaran debat dengan Mat Sabu ini juga adalah jemputan asal dari kerajaan Pas Kelantan.

“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia”, katanya menerusi mesej di laman sosial twitternya di sini, hari ini.

Mengenai tawaran Pas untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi dan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad pula, beliau berkata sudah pun berdebat dan berforum dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

“Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan Pas Kelantan”, katanya.

Jelasnya beliau dimaklumkan bahawa Pas Pusat tidak benarkan Mat Sabu berdebat dengannya tetapi menawarkan Khalid Samad.

“..sekarang Mat Sabu tolak ke Pemuda Pas Johor, Pemuda Pas pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga offers!.

“Tapi bagi saya yang penting Mat Sabu sebab dia punca kepada kontroversi hari ini. Mereka nak tawar org lain tak pa, tapi asal KJ vs Mat Sabu. Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu oleh Kerajaan Kelantan. Jadi, saya anggap tiada debat akan berlaku sebab original offer itu ditarik balik oleh Pas sendiri”, ujarnya.

Semalam Khairy menyifatkan Mat Sabu sebagai bacul dan tiada maruah apabila enggan berdebat dengannya walaupun sebelum ini Khairy dicabar untuk berdebat dengan Mat Sabu berhubung kenyataan Mat Sabu mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

“Yang pasti saya sedar hari ini Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah.  Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur”, katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita