Mat Sabu Ibarat ‘Budak Nakal’ Yang Tidak Faham Sejarah – Prof Khoo

KUALA LUMPUR, 7  Sept – Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan Mat Sabu mempergunakan adik Mat Indera iaitu  Baharom Shah dalam isu memartabatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan adalah sebagai ‘budak nakal’ yang tidak faham sejarah malah tidak faham apa itu erti kemerdekaan.

Katanya, sekiranya Mat Indera dikatakan seorang pejuang yang mahu menuntut kemerdekaan negara ketika itu, mengapa Mat Indera perlu menyerang balai polis dan mendesak agar pihak polis menyerah diri kepada komunis.

“Adakah mereka faham bahawa pada tahun 1950, kedaulatan negeri Johor masih tertakluk kepada Raja. Kenyataannya Mat Indera bukan menentang British pada ketika itu tetapi sebenarnya menentang kerajaan Johor.

“Johor adalah negeri pertama yang mempunyai Perlembagaan Bertulis. Jadi kalau dia tidak faham dan tidak tahu sejarah, jangan cakap pasal sejarah. Kita hanya akan membahaskan isu ini dengan orang yang tahu sejarah,” ujarnya.

Kay Kim turut mengulas, Baharom Shah sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi pada 31 Ogos 1957 malah tidak mengerti apa yang terjadi semasa tragedi Bukit Kepong.

“Adakah dia faham dan tahu apa yang Mat Indera lakukan dahulu. Dia harus menerima hakikat bahawa sejarah adalah fakta dan telah tertulis Mat Indera adalah pengkhianat negara.

“Kita tidak perlu layan orang yang tidak faham tentang sejarah. Sebab itu dia mudah diperkotak katikkan oleh pembangkang yang mahu memanipulasikan isu ini. Jangan mudah dipergula-gulakan oleh orang ada kepentingan politik sehinggakan kita sanggup menyanggah sejarah,” katanya.

Baharom Shah yang mengadakan sidang media di Pejabat Pas di sini hari ini, mendesak agar kerajaan membersihkan nama abangnya yang kononnya di dakwa seorang pejuang kemerdekaan yang mahu membebaskan negara daripada penjajahan.

Sidang media itu diadakan susulan daripada tindakan Mat Sabu yang mendakwa bahawa Mat Indera adalah pejuang sebenar dalam kemerdekaan Negara. –MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita