Politikkan Orang Mati Sudah Jadi Budaya Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR 7  Sept – Sudah menjadi suatu trend kepada politik tanah air apabila ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadikan sesuatu kematian sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata tidak semua perkara boleh dipolitikkan terutama membabitkan perkara yang sensitif seperti kematian kerana semua pihak perlu menjaga perasaan keluarga malang terbabit.

Menurtutnya adalah suatu yang menyedihkan apabila ada pihak yang seagama dan sebangsa mengambil kesempatan daripada peristiwa malang yang berlaku untuk dijadikan bahan politik.

“Sepatutnya sebagai umat Islam tidak semua perkara yang boleh dipolitikkan, takkanlah kematian saudara seagama Islam pun kita nak dipolitikkan, di mana keimanan kita sebagai umat Islam.

“Cukup sedih bila mengenangkan keadaan politik umat Islam di Malaysia, dek kerana menurut kehendak parti yang dikuasai oleh kafir harbi kita sanggup mempolilitikkan kematian umat Islam kita sendiri”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang beragama Islam mempolitikkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor adalah mengikut telunjuk pemimpin lain dalam pakatan pembangkang.

Hamidah berkata, sebagai individu Islam adakah tergamakkah untuk mereka menghina sedemikian rupa kepada saudara seagama dan sebangsa, sedangkan kepemergian arwah ke Somalia adalah untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada terus mati kebuluran.

“Arwah Noramfaizul pergi ke Somalia pun bukan untuk berseronok tetapi untuk membantu rakan-rakan seagama yang kelaparan yang memerlukan bantuan tetapi pembangkang terutama Pas mempolitikkan isu berkenaan untuk mencari publisti murahan.

“Sebenarnya Paslah yang mencari publisti murahan apabila mempolitikkan kejadian itu, bukan UMNO kerana tujuan kita adalah untuk membantu, kehadiran media adalah untuk menceritakan kejadian sebenar apa yang berlaku di sana,” katanya.

Beliau laporan yang dibuat oleh media yang ke sana itu dapat membuka mata kepada rakyat negara ini betapa sukarnya hidup di negara berkenaan apabila berlaku persengketaan atau perang saudara sesama sendiri.

Hamidah berkata, apabila meletakkan politik sebagai kiblat, ia  menyebabkan ada di kalangan pemimpin pembangkang yang sanggup mengenepikan soal agama, bangsa dan maruah untuk kepentingan politik yang terdesak. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita