“Sudah Berak Tengah Jalan, Takkan Panggil Orang Lain Tolong Sapu” – Zubir

KUALA LUMPUR 7 Sept  – Timbalan Presiden Pas yang baru dinobatkan, Mat  Sabu boleh dianggap sekadar “badut” di dalam pembangkang khususnya Pas apabila menolak cadangan debat oleh kerajaan Kelantan untuk mempertemukan beliau dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Zubir Zabidi berkata tindakan Mat Sabu yang enggan berada di pentas debat bersama Khairy berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong  jelas satu tindakan yang bukan sahaja penakut malah menggambarkan Timbalan Presiden Pas itu bukanlah ayam sabung Pas yang berani.

Menurut beliau jika Mat Sabu benar-benar anak jantan, beliau tidak akan menolak pelawaan berkenaan sebaliknya menyahut dengan segera bagi membuktikan apa yang diungkapkan pada ceramah tempoh hari adalah satu yang jelas dan benar.

“Ingatkan Mat Sabu ni berani..rupa-rupanya penakut…Lain pula ceritanya hari ini. Dah la serahkan soal itu kepada Pemuda Pas, malah cuba pula mengheret Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengan beliau konon-kononya dengan cara tersebut, beliau akan dianggap “berani“  apabila sedia bersemuka dengan Muhyiddin.

“Bagi saya, itu bukan tindakan berani tetapi ianya adalah tindakan berani dalam takut……Itu sahaja.  Maklumlah orang dah terlanjur cakap dan Mat Sabu termasuk pimpinan Pas yang lain tengah kelam kabut untuk mengalih isu pokok yang sebenar agar rakyat lupa kepada kata-kata beliau sewaktu berceramah tempoh hari.

“Bagi saya jelas, Mat Sabu cuba menutup keterlanjurannya dalam isu serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan menganggap ini adalah satu cubaan daripada pihak pembangkang untuk mengalih perhatian terhadap perkara yang sebenarnya, “ katanya.

Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkenaan melalui e-mel semalam.

Setakat ini Khairy secara tidak rasmi telah mengesahkan untuk hadir pada debat tersebut melalui laman twitternya manakala Mohamad Sabu pula  dilaporkan seolah-olah menolak jemputan itu dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas dan beliau  sebaliknya sedia berdepan dengan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dan hari ini Pemuda Pas menerusi Setiausaha Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil telah menyerahkan surat jemputan rasmi debat berhubung sejarah kemerdekaan negara  kepada Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Mengulas lebih lanjut Zubir yang juga Ketua Pemuda Alor Star seterusnya menegaskan Mat Sabu perlu bertanggungjawab terhadap segala kenyataannya dan bukannya cuba mengheret mana-mana pihak lain ke kancah kontroversi tersebut.

“Kalau dah berak tengah jalan, takkan nak panggil orang lain tolong sapu…..Itulah perumpamaan yang tepat kepada apa yang berlaku hari ini. Dia yang kecoh tiba-tiba nak jadikan orang lain pulak kambing hitam. Tidak bertanggungjawab langsung,” ujarnya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita