Jangan Terfana Roket Menuju Bulan!

Salam Sejahtera.

Mat Sabu alkhalwati, timbalan presiden Pas memang spesis kurang membaca. Dia cuma banyak mengutip fakta separuh masak dari sumber tidak sahih.

Yang keluar dari mulutnya modal untung politik yang sempit. Kepakaran Mat Sabu adalah memutar belitkan fakta sejarah dan memperdaya rakyat. Lagi pun Mat Sabu cakap bukan rujuk pada pakar sejarah pun.Kalau rujuk nanti UMNO yang dapat nama.Berhujah macam orang jual ubat, macam penglipur lara membuat orang ketawa berdekah dekah.

Insaf dan ingatlah sejarah yang tidak diputar belit.Jangan terfana roket menuju bulan!

Dalam insiden pada 23 Feb 1950 , pasukan Rejimen ke-4 PKM diketuai oleh Goh Peng Tun dengan kekuatan 200 anggota dikepalai bersama Mat Indera telah menyerang hendap sebuah balai polis kecil di Bukit Kepong yang hanya mempunyai kekuatan 18 anggota tetap diketuai Sjn. Jamil Mohd Shah.

Kematian: 40 komunis laknatullah & semua polis kecuali 4 orang anggota yang selamat, tidak termasuk penduduk kampung & keluarga yg menetap di berek.

Semasa serangan, pasukan polis dibantu penduduk kampung berdekatan diketuai Penghulu Ali Mustafa.

Mat Sabu dan juak-juak Pas tolong jawab:

1) Apakah 200 komunis boleh dipanggil “hero” jika menyerang sebuah balai polis kecil seramai 18 anggota tetap?

2) Adakah fungsi realiti anggota polis Balai Bukit Kepong dianggap menjaga kepentingan British atau orang-orang kampung?

3) Adakah perusahaan, perindustrian atau kepentingan British di Bukit Kepong, Muar yang terletak di pedalaman, berbanding di Singapura yang perlu dipertahankan ?

4) Bagaimanakah Mat Indera sanggup bersekongkol dengan pasukan komunis anti-agama membunuh penduduk kampung tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak yang seagama malah membakar mayat mereka?

5) Jika komunis adalah hero sebenar mengapa orang-orang kampung ikut serta bermatian melawan mereka sehingga sanggup berpatah arang menolong pasukan polis?

6) Lebih ramai komunis mati walaupun keupayaan persenjataan dan anggota di pihak polis terhad. Apakah semangat yang mendorong Polis bersama orang kampung berlawan berhabis-habisan menentang komunis? Mempertahan British atau tanahair (kampung halaman) dan keluarga mereka?

7) Adakah tindakan menghina dengan membakar mayat dan membunuh wanita dan kanak-kanak itu mulia atau reaksi manusia bacul?

Hati kecil Mat Sabu tak jujur dan ikhlas. Mat Sabu sebenarnya jurucakap peliharaan DAP, abang kandung PAP.

Ternyata kalau begini telatah Mat Sabu bererti Pas masih teraba-raba hala tuju masa depan nya.

Dengan sedikit kuasa yang ada setakat ini Pas bimbang takut hilang kuasa dan pangkat. Salahkah atau rugikah kalau Pas kembali dengan imej asalnya drp imej yang longgar.

Pas kena jadi pembangkang yang smart dan kental.Bukan jadi pembangkang yang macam hilang akal. Ternyata Pas sedang mengorak langkah sumbang apabila bersekongkol dengan DAP, dan PKR. Memetik kata Guan Eng si kafir harbi laknatullah DAP, biar si luncai (Pas) terjun dengan labu labunya!.

Pas bukanlah sebuah parti politik yang boleh diharapkan untuk membela nasib anak cucu cicit kita. Kalau setakat bertanding 60 kerusi parlimen (itu pun belum tentu menang semua) daripada keseluruhan 222 kerusi sampai bila-bila pun akan jadi alat peliharaan DAP!.

HAJI Z
KUALA LUMPUR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita