Isu Komunis : Pas Makin Parah Diperkuda DAP

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam kecewa dan sedih dengan perkembangan terkini pembohongan dan sandiwara yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam isu penglibatan  Mat Indera dalam perjuangan komunis.

“Timbalan Presiden Pas ini benar-benar dungu dan buta sejarah. Apa yang dibuatnya semata-mata untuk mengaburi pandangan masyarakat selain mengalihkan isu murtad dan gereja yang berlaku di Selangor baru-baru ini dengan  melabelkan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan Negara kita,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau juga hairan dengan penafian yang dibuat oleh pihak Pas, keluarga Mat Indera dan Mat Sabu sendiri bahawa Mat Indera ini bukan seorang komunis.

“Jika kita merujuk Memoir Abdullah CD, iaitu buku yang ditulis sendiri oleh Abdullah CD, pemimpin Parti Komunis Malaya yang seangkatan dengan Chin Peng, di muka surat 112 hingga 120, Abdullah CD ada menulis siapa dia Mat Indera yang diangkat oleh Mat Sabu sebagai tokoh sebenar kemerdekaan. Menurut Abdullah CD, Mat Indera adalah Ketua Regiment ke 4 Komunis Melayu Johor

“Sudah terang lagi bersuluh, Timbalan Presiden Pas ini adalah pemuja komunis. Tapi saya tidak fikir ianya bertujuan hanya untuk mengangkat Mat Indera sebaliknya untuk membenamkan UMNO, Pas yang kini semakin parah di perkuda DAP akan memainkan peranan utama merekayasa sejarah kemerdekaan negara mengikut acuan DAP.

“Awas….Mat Indera hanya permulaan, matlamat akhir adalah untuk mengangkat Chin Peng sebagai Bapa Kemerdekaan,” katanya yang juga mantan AMK dan Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita