Laporan Palsu, Heret Anwar ke Muka Pengadilan – Hafizah

KUALA LUMPUR 8 Sept – Rakyat Malaysia tidak harus tertipu dengan lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri termasuk membuat laporan palsu membabitkan video seks yang mengaitkan dirinya.

Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan serta membuat siasatan dan mengheret Anwar ke muka pengadilan berikutan laporan palsu yang dibuatnya.

“Kami merasa terpanggil untuk mebuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana merasakan Anwar telah membuat laporan palsu kepada pihak polis berhubung kes video seks membabitkan dirinya.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap agar tiada mana-mana pihak taua individu yang memperkecilkan peruntukkan undang-undang Malaysia dengan membuat laporan sewenang-wenangnya.

“Sehubungan itu, kami memohon supaya Peguam Negara dan Polis membuat siasatan dan mengambil tindakan ke atas Anwar Ibrahim berdasarkan kepada Seksyen 182 Kanun Kesiksaan,” katanya kepada UMNO-Online.

Hafizah berkata, tindakann tegas ini perlu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan pihak berkuasa untuk membersihkan diri.

“Tindakan Anwar membuat laporan polis ketika itu ingin menunjukkan dirinya bersih dan tidak bersalah, apa yang dilakukan itu hanyalah lakonannya untuk mendapatkan simpati.

“Tetapi apa yang peliknya, sehingga kini Anwar tidak pernah mengambil tindakan terhadap Datuk Eskay termasuk menyamannya seperti yang sering dilakukan.

“Kalau Anwar berani menyaman Tun Mahathir mengapa dia tidak menyaman Datuk Eskay, pendedahan video itu lebih besar kerana membabitkan kreditbilitinya sebagai pemimpin yang kononya sering menjadi mangsa fitnah,” katanya.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk memastikan Anwar tidak memanupulasikan apa sahaja yang sering diperkaatkannya bahawa beliau menjadi mangsa kekejaman politik.-MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita