Demi Kuasa Sanggup Hilang Akal Sembah Komunis

KUALA LUMPUR, 9 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat sudah semakin hilang haluan lantaran terlalu taksub dengan agendanya untuk mendapatkan kuasa dan populariti dalam politik, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

“Kalau nakkan kuasa sekalipun janganlah sampai jadi pengkhianat yang mahu memutarbelitkan sejarah negara,” katanya.

Jelasnya, Mat Sabu tidak faham idealogi yang dibawa oleh pengganas komunis sehinggakan mengangkatnya sebagai hero.

“Komunis adalah pengganas yang mahu merampas kuasa dengan bertindak menyerang, tembak dan membunuh tanpa memikirkan sesiapa pun termasuklah anggota keselamatan.

“Komunis ini mahukan kuasa tanpa mengira cara yang mahu dilakukan termasuklah melanggar tatasusila bangsa, adat dan budaya yang menjadi pegangan dan lebih teruk lagi agama turut diketepikan,” katanya.

Tambahnya, pengganas komunis ini telah mengundang kegelisahan dan membawa kekacauan kepada masyarakat.

“Bagaimana pula pengganas seperti ini dilihat sebagai ‘hero’ sedangkan anggota yang bertugas menjaga keselamatan, mahukan kemerdekaan secara aman dan melalui perundingan tetapi turut terkorban akibat keganasan komunis ini.”

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas Pas yang menggunakan akhbar lidah rasminya  dengan menyamakan komunis yang wujud sebelum merdeka dahulu dengan Parti Komunis China (PKC).

“Inilah Pas yang ortodoksi dan mempunyai tahap intelektual sangat nipis sehinggakan tidak tahu apa yang berlaku kepada negara-negara komunis di peringkat antarabangsa.

“Idealogi komunis telah musnah sebagaimana runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 dan sekarang ini mana-mana negara yang masih mengekalkan parti mereka dengan nama komunis semuanya telah menukar dasarnya kepada demokrasi liberal termasuklah China yang mengamalkan sistem pasaran bebas,” katanya.

Tegasnya, seharusnya Pas dan para pemimpinnya bersikap rasional dan melihat bagaimana kewajaran Sejarah itu sendiri untuk menjadikan mereka lebih berilmu dan berdisplin dalam bersuara. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita