PM Dan Isteri Hadir Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Di P. Pinang

GEORGE TOWN, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini pada Ahad ini.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba pada pukul 11.30 pagi dan akan meluangkan masa selama tiga jam untuk bertemu rakyat di kawasan itu.

Turut dijadual hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais, demikian menurut aturcara majlis yang dihantar kepada Bernama, di sini hari ini.

Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan tahun ini.

Pada majlis yang dijadual berlangsung dipadangSekolah menengah Kebangsaan Guar Perahu itu, Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat kepada rakyat, selain memberi sumbangan hari raya kepada penduduk.

Beliau kemudian akan menyertai kira-kira 10,000 tetamu untuk makan tengah hari sebelum dijadual pulang ke ibukotapukul 1.30 petang

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita