Rombongan Ke Jerman Cukup Pelik.. Padah Guna Penasihat RM1

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membawa rombongan ke Jerman kononnya untuk mencari dan menarik pelaburan ke negeri negeri itu sebagai satu tindakan pelik dan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkarnian Omar Din berkata salah satu persoalan yang besar kenapa selepas tiga tahun lebih memerintah Selangor,  baru ini terfikir untuk soal pelaburan.

“Kita lihat tindakan ini adalah tidak lebih hanya untuk mengaburi mata rakyat dan apa yang kita lihat, Selangor yang di bawah pimpinan pakatan pembangkang ini mengalami defisit yang besar ke atas ekonomi negeri.

“Persoalan kedua, kenapa Exco Pelaburan tidak dibawa bersama. Saya fikir ini satu perkara yang rakyat Selangor perlu jelas bahawa apa yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan rombongannya merupakan satu tindakan yang main-main dan satu pembaziran,” katanya kepada UMNO-Online di sini

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak seterusnya mempersoalkan di mana peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

“Apa yang Anwar buat.. apa sumbangan Anwar terhadap ekonomi dan pelaburan Selangor… inilah padahnya bila guna penasihat yang bernilai RM1… bayar RM1 maka hasilnya pun RM1 juga.

“Inilah kos yang terpaksa rakyat Selangor bayar  apabila memilih pakatan pembangkang.  Apa yang mereka tahu buat hanyalah siang, malam, pagi petang main politik sempit”, ujarnya.

Justeru beliau menggesa agar kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dapat menjelaskan perkara ini terutama tentang kedudukan pelaburan dan ekonomi di negeri ini.

“Tidak lupa juga tolong terangkan pada rakyat apa sumbangan yang telah diberikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri… apa yang rakyat tahu setakat ini sumbangan terbesar Anwar adalah diselubungi kes liwat dan video seks”, katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita