Gaduh Kerusi Pilihanraya… PKR Dan DAP Berebut Mahu Jadi “Tauke Besar”

KUALA LUMPUR,  12 Sept – Pertelagahan yang mula timbul antara PKR dengan sekutunya, DAP  di Johor berhubung pengagihan kerusi pilihan raya menunjukkan masing-masing mula mahu menjadi “tauke besar” di dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Sekretriat Pemuda Barisan Nasional (BN) dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramly berkata keghiarahan itu menyebabkan masing-masing tidak dapat menahan nafsu besar untuk menjadi kepala di antara satu sama lain.

Menurut beliau perkara itu tidak pelik dan tidak menghairankan langsung kerana seperti yang diwar-warkan umum sebelum ini pembangkang sebenarnya tidak mempunyai satu ikatan yang kukuh dan ikatan itu boleh terlerai pada bila-bila masa.

“Cuba bayangkan…belum pilihan raya dan belum menang lagi, mereka dah bercakaran antara satu sama lain. Kata bersatu di dalam pakatan pembangkang untuk membawa perubahan kepada rakyat.Itulah antara janji mereka kononnya.

“Namun daripada tingkah laku hari ini, mereka tidak ke arah untuk membela rakyat.. Saya rasa mereka lebih kepada kuasa dan masing-masing mahukan kerusi yang lebih dengan harapan untuk menjadi “tauke besar”, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang membidas kepimpinan PKR negeri dan menuduh parti itu mengamalkan “dasar perkauman” dalam rundingan mengagihkan kerusi.

Katanya PKR Johor di bawah kepimpinan (Datuk) Chua Jui Ming telah menetapkan garis panduan sendiri yang tidak munasabah berhubung rundingan agihan kerusi dengan menghina DAP sebagai parti pelampau Cina dan hanya sesuai bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina lebih 60 peratus di Johor.

Faizal yang juga Ketua Pemuda Telok Kemang seterusnya percaya perkara itu akan berjangkit ke negeri lain termasuk di Negeri Sembilan kerana masing mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan rakyat.

“Tidak mustahil perkara ini akan menjadi barah kepada hubungan antara mereka dan akan memberi peluang kepada DAP untuk terus mempertikaikan kredibiliti kepimpinan PKR khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpalit dengan pelbagai skandal termasuk pertuduhan liwat yang dihadapi sekarang.

“Percayalah…perkara ini akan merebak dan kerakusan untuk mendapat “laba” di dalam politik makin kelam kabut di kalangan pembangkang meskipun tarikh pilihan raya belum diketahui umum. Sepatutnya buatlah kerja untuk rakyat terlebih dahulu barulah fikir soal berkenaan,” katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita