“Jangan Akibat Sengketa Sesama Kita, Bumi Dipijak Milik Orang”

Sambutan hari kemerdekaan penting untuk diadakan pada setiap tahun bagi menghayati perjuangan meleraikan jajahan asing terhadap tanah air tercinta.

Walaupun kita mungkin tidak terlibat secara langsung dalam proses memerdekakan negara, tetapi kita sebagai generasi pewaris bertanggungjawab besar memastikan kemerdekaan yang sudah dicapai terus terpelihara.

Hari ini serangan demi serangan datang dalam pelbagai bentuk untuk kembali menjajah kita.Serangan dan cabaran ini bukan saja datang dari pihak luar bahkan lebih membahayakan banyak di antaranya berpunca dari kalangan kita sendiri.

Usaha bagi menjajah pemikiran, memecah belahkan perpaduan, merosak kesejahteraan, kini dimainkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri, tamak dan gilakan kuasa.

Rasa tanggungjawab bagi meneruskan kegemilangan yang tercapai selama ini sudah tidak ada sehingga ramai yang takzub dan sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai matlamat walaupun ia beerti menggadaikan nasib dan maruah negara.

Insaflah wahai saudaraku rakyat Malaysia. Cabaran mengekalkan kemerdekaan pada hari ini jauh lebih besar daripada hanya menahan serangan luar. Bersatulah. Bak sedutan lirik dalam lagu ‘Warisan’ ciptaan Dr Nordin Kardi, ‘jangan akibat sengketa sesamalah kita, bumi dipijak milik orang’.

Perjuangan kita belum selesai. Masih banyak yang perlu kita sama-sama perbaiki demi meneruskan perjalanan cemerlang bahtera yang sudah menghantar kita jauh dan selamat selama ini.

Demi kesejateraan semua pihak berbilang kaum di negara Malaysia tercinta, dalam usaha bersama-sama menghadapi cabaran globalisasi yang hebat, kita perlu berubah ke arah yang lebih baik, lakukan sebuah transformasi.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke -54 dan Selamat Hari Malaysia.

Salam hormat,

Rizal Abd Rahman
Kelab UMNO Indonesia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita