Mat Sabu Usah Sibuk Jadi Pakar Untuk Putar Belit Sejarah

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyarankan agar Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengehadkan tugas beliau sebagai ahli politik sahaja dan menyerahkan isu sejarah kepada pakar.

Justeru beliau meminta Mat Sabu berhenti memutar belit fakta sejarah sehingga mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perpecahan masyarakat.

“Hari ini urusan sejarah juga cuba dinafikan oleh orang politik kepada pakar-pakarnya.

“Malahan jabatan agama Islam, Majlis Fatwa…mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melihat tentang soal agama pun cuba dinafikan oleh orang politik,” katanya di sini hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengingatkan semua pihak agar tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagungkan pengganas komunis.

Mat Sabu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan pengganas komunis dalam tragedi Bukit kepong sebagai wira sebenar dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Mengenai keengganan Mat Sabu berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana mahu berdebat dengan yang ‘setaraf’, Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata pemimpin Pas itu sekadar mahu melarikan diri daripada menjelaskan isu berkenaan.

“Pada saya tidak timbul soal dia nak berdebat dengan TPM (Timbalan Perdana Menteri). Itu benda baru.

“Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan untuk kita dapat butiran yang tepat. Diacubamemesong dancubalari daripada masalah. Lagi banyak diacubamenutup pembohongan maka lagi banyaklah pembohongan yang akan dia dan rakan-rakan dia lakukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita