Diaspora Rakyat Malaysia Adalah Aset Negara Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Rakyat Malaysiayang berhijrah bukanlah tidak patriotik, tetapi dianggap sebagai satu aset bagi negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rakyatMalaysiadi luar negara boleh memainkan peranan penting dalam transformasi negara dengan cara yang paling bermakna, adil dan berkekalan.

“Ia mestilah diulangi di sini bahawa rakyat yang berhijrah bukanlah tidak patriotik dan kerajaan tidak melihat mereka tidak patriotik.

“Diaspora rakyatMalaysiaadalah satu aset kepada negara kita, satu aset yang kita tidak mahu pinggirkan tetapi satu aset yang kita ingin bekerjaama dengan harapan untuk menarik mereka pulang dalam masa akan datang,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Pendidikan Negara 2011 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini digambarkan menerusi penubuhan Talent Corp.

Dengan itu beliau berkata bahawa “kerajaan akan terus bekerjasama dengan  diaspora kita di luar negara dengan membuka saluran terbuka menerusi kedutaan kita.”

“Rakyat Malaysia di luar negara boleh juga bertindak sebagai duta kita dan mempromosikan negara kita kepada pelabur, pelancong dan penuntut institusi pengajian tinggi,” katanya.

Muhyiddin berkata fenomena penghijrahan bijak pandai adalah satu isu global kerana bakat sentiasa tertarik dengan faedah sampingan seperti imbuhan, pekerjaan dan kemajuan kerjaya.

Beliau juga berkata bahawa negara ini masih memerlukan kepakaran dan bakat dari luar negara dalam industri berteknologi tinggi serta dalam bidang IT, perubatan dan pengurusan strategik dalam tempoh sementara ini.

“Ini janganlah dilihat sebagai regresi terhadap kapasiti nasional kita tetapi sebagai tambahan kepada kumpulan bakat tempatan yang ada.

“Ia hendaklah bertindak sebagai satu peluang untuk rakyat Malaysia kita bagi memperoleh pengetahuan, kepakaran dan mempromosikan pemindahan teknologi daripada individu ini,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa dasar pendidikan dilihat secara keseluruhan, dari pra-sekolah sehingga lepasan ijazah dan kehidupan bekerja.

Beliau berkata ini bagi memastikan kesinambungan dan kelicinan.

Katanya menerusi kerjasama dengan institusi yang unggul dan ternama di luar negara, kerajaan berhasrat untuk menjadikan sektor pendidikan di negara ini sebagai satu sumber ekonomi dengan menarik lebih ramai penuntut asing.

Katanya Malaysia juga berhasrat untuk menarik sekurang-kurangnya 200,000 penuntut asing menjelang 2020, iaitu kira-kira RM600 bilion nilai pertukaran asing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita