Sokong Komunis… Mat Sabu Hanya Baca Skrip DAP Untuk Balas Budi

KUALA LUMPUR 14 Sept – Timbalan Presiden Pas yang diberi jolokan “Abang Mat” dilihat seolah-olah ingin membalas budi DAP apabila sanggup menghiris bangsanya sendiri  berhubung serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Abang Mat yang kini menjawat jawatan penting di salah sebuah agensi kerajaan negeri olah-olah ingin membalas jasa baik sekutunya Lim Guan Eng yang menjadi peneraju kerajaan Pulau Pinang.

Menurut beliau tidak mustahil atas faktor itu Abang Mat merasakan wajar baginya membalas jasa berkenaan hingga tercetusnya kontroversi Bukit Kepong yang cukup mengguris perasan rakyat negara ini khususnya anggota tentera yang bermati-matian mempertahankan negara.

“Biasalah adat..orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa…Kalau betul niat Abang Mat nak balas jasa itu baguslah….tetapi biarlah kena dengan tempat dan sebagainya. Jangan pakai hentam sahaja.

“Maklumlah orang dah berbudi katakan…Tetapi jangan sampai sanggup menghiris perjuangan mereka yang telah banyak berkorban untuk kita kecapi hari ini. Balaslah dengan kaedah lain. Politik pun biarlah bertempat,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Baru-baru ini dan hingga ke hari ini, kontroversi Bukit Kepong tidak ada kesudahan apabila Mat Sabu menganggap mereka yang menyerang Balai Polis Bukit kepong sebagai hero dan seperti diketahui umum, komunis yang menyerang balai berkenaan telah bertindak zalim apabila membunuh anggota keselamatan termasuk keluarga mereka dalam peristiwa berkenaan.

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah seterusnya melihat Abang Mat atau Mat Sabu seolah-olah membaca skrip yang disediakan oleh DAP berhubung perkara tersebut kerana hingga ke hari ini, kepimpinan Pas yang terkial-kial menjawab isu berkenaan.

“Manakala DAP pula saya lihat bepeluk tubuh dan mungkin pada waktu ini kepimpinan DAP mengambil sikap tunggu dan lihat apakah kesudahan cerita tersebut. Mereka mungkin telah menyerahkan “amanah“ itu kepada Mat Sabu dan hanya akan mengutip keuntungan politik pada pilihan raya umum nanti.

“Hanya sekali kalau tidak silap Karpal Singh yang mengulas isu berkenaan dan terus sunyi sepi hingga ke hari ini. Jika sebelum ini kita boleh melihat mereka berpadu tenaga menghentam UMNO, namun kali ini suasananya cukup berbeza.

“Pas yang terkial-kial dan lemas dengan kerakusan Mat Sabu yang mungkin mahu membalas jasa seperti yang saya katakan di atas. Apa pun saya percaya hanya Mat Sabu dan Guan Eng tahu cerita ini,“ katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita