UMNO Saman Pas, Harakah – Fitnah UMNO Dalang Operasi JAIS Serbu DUMC

/>

SHAH ALAM, 14 Sept – UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS’.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

Mat Zin sebelum itu dilaporkan berkata, tindakan saman itu selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta UMNO Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.

“Tindakan ini terpaksa diambil bagi UMNO khususnya UMNO Selangor bagi mempertahankan diri walaupun kita sudah beberapa kali bersedia menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dengan menuntut Mustapha Ali secara umumnya memohon maaf terhadap sangkaan fitnah jahat terhadap UMNO namun tawaran ini bukan sahaja ditolak, bahkan beliau mencabar untuk bersedia menghadapi UMNO di mahkamah.

“Kami bersedia memaafkan namun Mustafa angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan UMNO Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit. Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah UMNO Selangor yang difitnah,” katanya  di sini, hari ini.

Mohd Zin berkata UMNO Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita