Syyy!! Tolong Tutup Mulut Agenda Rebut Kerusi Sedang Berlangsung….

KUALA LUMPUR 15 Sept – Arahan tutup mulut berhubung pembahagian kerusi di kalangan pemimpin parti dalam pakatan pembangkang menunjukkan bahawa parti itu belum mempunyai kesefahaman di kalangan mereka sehingga memaksa kepimpinan mereka mengeluarkan arahan demikian.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amirrudin Setro berkata itulah wajah sebenar parti pembangkang, lebih mengutamakan kepentingan parti dan peribadi daripada kepentingan membela nasib rakyat.

“Sudah menjadi perangai pembangkang, kepentingan parti dan peribadi menjadi keutamaan mereka, bukannya memikirkan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, sejak dari sejak ditubuhkan, siapa yang layak pegang jawatan tidak pernah selesai, kini pula timbul isu baru.

“Masalah kerusi atau siapakah yang layak bertanding, sudah lama menjadi kemelut di kalangan kepimpinana DAP, Pas dan PKR, masalah untuk memilih calon setiap kali berhadapan dengan pilihan raya kecil sering berlaku di kalangan mereka.

“Kini tiba pula  pilihan raya umum, bertambah hebatlah kemelutnya, jika dahulu babitkan pemimpin peringkat atasan, kini isu berkenaan turut dapat perhatian di peringkat negeri dan daerah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Adun Jeram berkata, kemelut yang melanda pakatan pembangkang itu jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya tiada persefahaman, pembetukkan pakatan rakyat adalah sekadar untuk menyaingi Barisan Nasional, sedangkan mereka tidak mempunyai kekuatan seperti Barisan Nasional.

Menurutnya, jumlah kerusi dan kawasan dipertandingan menjadi topik utama di kalangan mereka kerana ia turut membabitkan siapakah sebenarnya yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Berdasarkan kepada jumlah yang dimiliki oleh Pas, PKR dan DAP, yang layak untuk menjadi Perdana Menteri adalah wakil rakyat daripada DAP, ini yang menyebabkan berlakunya perebutan jumlah kerusi.

“DAP sudah merasa bahang apabila Pas mengatakan jawatan Perdana Menteri dan timbalannya adalah di kalangan orang Islam, sedangkan DAP juga berhajat kepada jawatan nombor satu itu dan ingin menobatkan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Berikutan kemelut itu, pucuk kepimpinan parti pembangkang terpaksa mengeluarkan arahan supaya kemelut kerusi pilihan raya tidak diperbincangan dan biarkan peringkat tertinggi parti yang menentukan.

Arahan itu dikeluarkan bagi meredakan keadaan bagi mengelakkan berlaku perbalahan terutama membabitkan kepimpinan di peringkat negeri, daerah dan bahawa sehingga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan mereka.

Isu pembahagian kerusi akan terus menjadi topik utama di kalangan mereka di peringkat bawahan, ini menimbulkan kerisauan di kalangan kepimpinan parti untuk berhadapan dengan pilihan raya umum nanti. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita