PM Buat Perubahan Satu Transformasi Politik Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Hari Malaysia 2011 malam ini sebagai satu transformasi politik.

Katanya perubahan yang diumumkan Perdana Menteri adalah satu transformasi politik untuk jangka masa panjang.

“Kita yakin perkara ini dikehendaki untuk memulihkan politik pada masa ini,
54 tahun merdeka, rakyat telah maju mindanya dengan pendidikan diberi negara, maka ada kematangan rakyat di negara kita untuk satu pemulihan politik lebih maju,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata transformasi itu adalah  satu langkah kerajaan memberi kebebasan untuk rakyat bersuara mengembangkan minda mereka, dan bukan langkah untuk memenangi pilihan raya.

Sementara itu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula berkata transformasi itu diharap dapat meneruskan kestabilan politik sedia ada.

“Kerap kita dengar antara sebab pelabur beri pertimbangan (untuk melabur) di
Malaysia adalah kestabilan politik, saya harap dengan mansuhnya beberapa akta itu, kestabilan politik yang kita nikmati akan terus terjamin.

“Kita akan tengok pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini, ikhlas atau
tidak dalam tuntutan mereka,” katanya yang menambah jika pihak berkenaan masih menggunakan kebebasan diberikan secara tidak bertanggungjawab, tindakan itu akan merosakkan persepsi pelabur terhadap Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita