PM, TPM Hadir Meriahkan Rumah Terbuka SUK UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menghadiri majlis rumah
terbuka Setiausaha Kerja UMNO,  Datuk Ab Rauf Yusoh di Bukit Antarabangsa di sini.

Ketibaan Najib, kira-kira 8.45 malam, disambut oleh percikan bunga api dan
laungan 1Malaysia oleh para tetamu lain.

Perdana Menteri kemudian memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia
berbentuk Jalur Gemilang sebelum bersalam-salaman dan bermesra dengan para tetamu.

Selain kira-kira 7,000 tetamu lain, majlis itu turut dihadiri Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Majlis itu turut diceriakan dengan persembahan pelawak Ali Mamak, Abon dan
Sathiya serta penyanyi Saleem Iklim dan Jamal Abdillah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita